Thursday 20 December 2012

UNTUK TEMPAHAN PRODUK BERASASKAN GELUGUR

Selepas beberapa siri pameran dan pertandingan yang diadakan, produk gelugur telah mula mendapat tempat disekitar kawasan Perak Tengah.  Jualan secara terus yang dibuat oleh En Burn mendapat sambutan dan kebiasaannya jualan di pasar malam, pekan sehari dan di tapak pameran dan kursus yang dijalankan selalunya habis dijual.

Semangat makin membara En Burn apabila ada beberapa pelanggan yang datang dari jauh mahu membeli jus gelugur kerana mereka telah merasai kesan dan keberkesanan produk tersebut.  Begitu juga permintaan dari kawasan setempat yang mengakui kelebihan khasiat jus gelugur seperti mudah lawas, menghilangkan panas badan dan sakit kepala dan merasa badan ringan selepas meminum jus tersebut.

Jika anda ingin memesan produk gelugur sila hubungi :



EN BURN SALLEH
KG TELUK SAREH MUKIM PULAU TIGA
36800 KG GAJAH,  PERAK

TEL :  012 3069123 /  05 6312389


atau hubungi En Termizi untuk maklumat lanjut
012 5152678

Wednesday 12 December 2012

PEMENANG TEMPAT PERTAMA DAN KETIGA

Pejabat Pertanian Titi Gantung
Tarikh - 11hb Disember 2012


APA YANG MENARIKNYA....
Usaha anak tani dihargai
Usaha anak muda dipuji
usaha golongan marhain diperakui

APA YANG DIBANGGAKAN....
PRODUK berasaskan gelugur diberi tempat instimewa... bersebelahan dewan besar. Produk lain yang terdiri lebih kurang 20 pengusaha seperti air jambu batu, jualan buah-buahan, anak pokok, makanan daan sebagainya diletakkan dipersisiran jalan masuk.

Semasa saya nak menurunkan barang pameran dan mencari tempat, saya cuma memberitahu produk gelugur.... kereta saya dibenar parking masuk ke dalam kawasan dewan mengalahkan vip... hanya gerai En Burn berada disitu untuk jualan sedangkan  lain hanya peserta pertandingan,pemeriksaan kesihatan dan organiser.

Pegawai Pertanian yang baik dan membantu, memudahkan En Burn berurusan walaupun saya hanya mewakili beliau selama setengah jam kerana beliau lewat sedikit, namun mereka memahami dan menunggu saya menukar kesemua produk  yang bersticker lama kepada yang baru untuk pameran.

YAB MENTERI BESAR dijadual melawat hasil produk gelugur terlebih dahulu.  En Burn tidak sabar untuk memberikan cenderahati  produk gelugur buat YAB.  Apa yang kelakar tiada bakul cantik, tiada reben labuci, hanya beg plastik saja yang En Burn ada.....

En Burn ni akal panjang tapi pemalu agaknya... saya mula memainkan peranan menghantar jus untuk pengunjung disekitar kawasan tersebut. Dan yang paling best bila saya hantar kepada DJ yang bertugas masa tu.. apa lagi dibacanya kesemua khasiat gelugur tu melalui pamplet yang saya berikan, maka bergema seantero ceruk pejabat pertanian tu dicorong pembesar suara Produk Gelugur dan kelebihannya... sengeh je En Burn.... bangga....


AKHIRNYA...... KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMIHAK KEPADA BELIAU APABILA DINOBATKAN PEMENANG TEMPAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI PRODUK JUS TERBAIK DAN ASAM KEPING....

TAHNIAH KEPADA PRODUK GELUGUR DAN EN BURN... semoga akan bertambah usaha dan semangat beliau untuk lebih maju dimasa depan.  TERIMA KASIH TAK TERHINGGA kepada PEJABAT PERTANIAN KG GAJAH, TITI GANTUNG,  FAMA dan KERAJAAN NEGERI PERAK kerana memberi ruang kepada pengusaha tempatan yang baru untuk melangkah lebih jauh....

Di bawah ni gambar-gambar sekitar Hari Pertandingan, tapi maaf sebab gambar ambil hadiah saya tak sempat ambil kerana pulang awal....










Tuesday 11 December 2012

PERTANDINGAN PRODUK HASIL BUAH - Pej Pertanian Titi Gantung




Buat pertama kalinya pada tarikh 11hb Disember 2012 telah diadakan PERTANDINGAN PRODUK HASIL BUAH oleh pengusaha IKS disekitar negeri Perak dan dirasmikan oleh YAB MENTERI BESAR PERAK.

Encik Burn sebagai peserta mewakili hasil produk GELUGUR dengan kudrat dua keratnya bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk pertandingan yang pertama kalinya disertainya...


Dengan serba kekurangan beliau memproses semua produk keluarannya bersendirian. Saya dan suami serta anak membantu beliau memotong, menampal serta memasukkan semua produk ke dalam botol untuk dibawa ke pameran tersebut... kerja tersebut berakhir jam 2 pagi dengan wajah En Burn yang keletihan yang amat sangat.


Dibawah ini saya tunjukkan gambar proses menyusun, memasukkan produk ke dalam bekas serta menampal sticker produk, termasuklah menyusun atur pamplet/flyers untuk diedarkan kepada pengunjung.

Apa yang menarik disini yang boleh kita kongsi, bekas memasak beliau semakin besar, botol yang semakin cantik dan kuantiti yang banyak dan yang penting sticker yang diprint siap pelekat yang amat kretif oleh en burn.... emmm saya kagum kerana idea dia bijak rupanya.....










Monday 26 November 2012

KHASIAT DAN KELEBIHAN GELUGUR


Saya sengaja lambat menulis berkenaan khasiat dan kelebihan gelugur hanya kerana saya mahu mencuba dahulu sebelum menulis agar tidak hanya copy and paste dari mana2 rencana supaya lebih jujur dan telus dalam menghuraikan keberkesanan PRODUK GELUGUR ini.  PAda mulanya saya agak curiga tapi memandangkan cara penyediaan dan resipi nya yang tidak menggunakan bahan asing dan kebersihan yang diutamakan maka saya tak takut untuk mencuba...

YANG PALING LUCU bila encik cinta hati saya siap bwak seplastik besar buah gelugur yang dipilih dari pokok dan dibawa balik ke rumah untuk dimasak sendiri... yang penting beliau sendiri  yang agak susah untuk dipengaruhi dengan apa saja produk dipasaran, mula obses dengan kelebihan dan kesan selepas mengambil produk gelugur.

Arwah bapa saya dahulu cukup tak suka dengan hospital, bila doktor sahkan beliau mengidap kencing manis...... bila nak kehospital dia akan minum air rebusan gelugur tersebut dan doktor akan mengesahkan bacaan gulanya turun dan tekanan darah nya juga turun... itu taktik sebab arwah tak mahu makan ubat... tapi kalau kita mulakan dari awal mungkin kita boleh dijauhi penyakit tersoebut... mana tau......

Mari kita like and share khasiat gelugur antaranya :

1. AIR REBUSAN GELUGUR boleh mngecutkan rahim bagi ibu bersalin.
2. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL dan amat sesuai menurunkan berat badan.
3. MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
4. DI INDIA ia digunakan untuk rawatan cacing, parasit dan tumor, cirit berdarah dan    merawat reumatisme (masalah dalam perut)
5. MENURUNKAN KADAR GULA bagi pengidap kencing manis
6. MENURUN tekanan darah bagi penyakit darah tinggi
7. MELEGA SAKIT KEPALA lebih lg terlalu byk bayk durian....

Sunday 25 November 2012

GO G GO WOLD

PROMOSI DAN LAWATAN



Baru-baru ni pada tarikh 21hb Nov 2012 En BURN dan geng Pulau Tiga mengadakan promosi sempena  PESTA MAKAN DOYAN DI PULAU TIGA kat RTM1.  Sambil nyelam  minum ayo.... En Burn telah membawa produk hasil gelugurnya untuk diperkenalkan buat pertama kalinya.. kami adik beradik tunggu kat depan tv maklum la glamer nak tengok adik masuk tv....

Pada 24 hb dimana pesta berlansung, En Burn telah membuka gerai khas untuk PRODUK GELUGURnya dan mendapat liputan oleh RTM dan bakal ditayangkan nanti. Semoga iklan percuma ini akan membantu beliau memperkenal seterusnya mengembangkan hasil produk ini ke serata maya maklum saja insan kecil yang cuma ada satu kudrat dan modal yang agak terhad. Disamping itu pertandingan durian tersedap juga memihak kepada beliau kerana mendapat tempat ke3. Bermakna sekiranya ada nama ianya akan meningkatkan populariti jenama durian arwah PAK SALLEH.

Apa yang lebih menarik untuk dikongsi disinii ialah lawatan pelancung dari JEPUN dan Badan berkaitan dari SINGAPORE ke kebun durian merangkap kebun gelugur tersebut.

Kalau zaman penjajahan Jepun dulu, orang melayu kena pakat angguk kat orang Jepun tu, tapi la ni kat kebun tu, orang Jepun pulak kena angguk kat anak melayu mcm En Burn. Apa yang best, mereka amat suka dengan produk gelugur tu.  Habis semua Jus, Jem dan Halwa gelugur deme borong.. En Burn seronok tak terkata sebab duit masyuk berlipat ganda hari tu aje...


MAKNANYA ...... kalau orang Jepun ni suka produk gelugur ni, masa depan industri gelugur amat cerah.  MUngkin boleh dieksport ke Jepun hasil usaha anak kampung untuk seperti En Burn asalkan ada pihak berwajib yang sedia membantu.

SEMOGA MIMPI KEBULAN INI AKAN MENJADI KENYATAAN.........

Thursday 22 November 2012

PRODUK GELUGUR


Inilah kesemua produk yang berasaskan gelugur yang telah dikeluarkan oleh EN Burn dengan hasil usahanya sendiri selain bantuan dari pihak FAMA dan Pejabat Pertanian. Selain sokongan keluarga semoga beliau akan terus bersemangat untuk meneruskan usaha yang telah dirintisnya untuk menuju ke gerbang kejayaan.

Selepas ini berbagai lagi langkah yang harus beliau lakukan untuk berada setanding dengan produk yang telah dikenali dan semoga produk gelugur akan berada sebaris dengan produk elit yang berada dipasaran.


Marilah kita sama-sama berdoa semoga industri kecil dan sederhana dari orang~orang kecil dari bumi kecil ini akan bangkit dan menjadi gah di serata pelusuk dunia seperti apa yang dilaungkan KE ARAH MENJANA PENDAPATAN NEGARA supaya kita menjadi masyarakat yang berbangga dengan hasik produk sendiri dari anak bangsa kita sendiri.

PRODUK GELUGUR ~ Halwa Gelugur

 
Ini HALWA GELUGUR.  Rasanya yang manis dan sedikit masam menjadi kegemaran orang2 tua dulu, bakal menjadi kegemaran anak muda pula... Halwa gelugur selalunya menjadi pilihan sebagai hantaran bagi majlis pertunangan, tak salah kalau erra 2013 halwa gelugur ni menjadi pilihan kita semula untuk dijadikan pemanis hantaran... cuba la.... dengan dekorasi yang cantik pasti orang akan tertarik..




next .... jus gelugur, kordial gelugur, jem gelugur, paste gelugur

PRODUK GELUGUR ~ Jem Gelugur !!



Ini JEM GELUGUR yang rasanya sama standard dengan jem terkenal yang ada dipasaraya... sedap gilerr...

Bekas yg comel ini juga boleh dijadikan buah tangan untuk majlis kahwin, terpulang samada nak letak jem atau yang biasa org lebih suka letak halwa gelugur nampak menarik... boleh la touch up sikit ngan reben, bunga, labuci ke... cantik...

Macam biasa nak makan jem ni, sapukan dengan roti n biskut kosong pun sedap...




next... Kordial gelugur kuning, kordial gelugur n kasturi, paste gelugur, jus gelugur

PRODUK GELUGUR ~ Gelugur & Kasturi Kordial


GELUGUR & KASTURI KORDIAL ni lagi special sbb kombinasi gelugur dan limau kasturi menambahkan kesedapan dan khasiat yang tinggi dapat menghilangkan sakit kepala dan meredakan tekanan darah.


Cara penyediaan dengan mencampurkan air untuk bancuhan yang diperlukan

PRODUK GELUGUR~ Kordial dan Jus Gelugur..^_^


Kordial Gelugur berwarna kuning adalah original dari buah yang masak.  Sekiranya ingin membancuh mengikut sukatan dengan menambah sedikit air dan sedia untuk dihidangkan.


Jus Gelugur didalam pek yang kecil pula sedia untuk terus diminum dan lebih sedap sekiranya diletakkan dalam peti sejuk dan mudah dibawa kemana saja....


Paste Gelugur pula satu produk yang sangat mufah menggantikan asam keping yang amat sukar didapati terutama dibandar besar.. paste ini mudah dengan hanya menceduk mengikut sukatan dan dimasukkan ke dalam masakan... mudahkan...



Ini Jus Gelugur.  Kalau nak buat bancuhan tambah sedikit air, tapi kalau cool drink yg kecil tu, buka penutup terus minum.... memang sedap....

GO G GO !!!

Tahun 2012 menyaksikan kerja gila adik saya en burn... nak buat produk berasaskan gelugur. Mulanya kami adik beradik, cuma angguk dan senyum.... Bagi semangat pun ala kadar maklum nak tolong kewangan, faham aje krisis kewangan sepanjang tahun, nak tolong tenaga kami masing2 jauh... yang boleh bantu abang saya yang sulung sbb dia tinggal di Ipoh.

Akhirnya, lawatan demi lawatan pegawai berkaitan pertanian ke kebun menjelaskan segalanya.  DIMANA ADA KESUNNGGUHAN DISITU ADA JALAN.

Akhirnya adik saya nekad untuk menghasilkan produk berasaskan Gelugur... sebagai bekas CHEF beliau sendiri mencipta, mengadun, memasak, merasa sendiri produk berasaskan gelugur antaranya:


1.   JUS GELUGUR DNG DUA WARNA HIJAU DAN KUNING
2.    HALWA GELUGUR [ juga akan dipek sebagai gift utk org kawin]
3.    JEM GELUGUR
4.    COOL DRINK GELUGUR(diminum terus dari botol)
5.    PASTE GELUGUR ( pengganti asam keping)
6.    CHOPPING GELUGUR


Antara khasiat gelugur akan saya nyatakan nanti.

Wednesday 21 November 2012

GELUGUR??

MAAF sebab saya tak pasti ejaan pada mulanya... bila buka kamus Dewan bar pasti ejaan sebenar ialah GELUGUR atau GARCINIA ATROVIRIDIS GRIFF berasal dari Semenanjung Malaysia dah telah disebar je Manila, Filipina, India dan Indonesia.




POKOK GELUGUR??

                                          
Ini pokok gelugor induk yang dah berumur kira-kira 98 tahun masih berdiri megah dalam kebun seluas 9 ekar dan disekelilingnya terdapat lebih kurang 250 lg pokok gelugur yang telah membesar dan telah pun berbuah dengan lebatnya sepanjang tahun kerana gelugur berbuah tidak bermusim seperti durian.

KISAH GELUGUR..!!

Saya nak cerita perihal gelugor ni dulu sebelum kita teruskan perkara yg lebih mustahak.  Masa saya kecik saya cuma tau asam keping je... besar sikit saya tak tau pun pokok gelugor yg saya lalu lalang masa kat kebun dulu tu apa kegunaannya... yang saya tahu buahnya tak boleh makan dan saya akan pijak dan buat baling siapa punya balingan yang paling jauh....

Bila besar lagi abang yang sulung kawin dapat kakak ipar cun pandai masak pulak tu, dia masak MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK GELUGOR... masa tu langsung tak tau pasal masakan... yang saya tau semua kata SEDAP GILEEERRR....

Kenangan tu habis kat situ sebab masa tu dah glamer, tak main la gelugur.... he he he ..
yang saya tahu nak membina masa depan....

Rupanya pada tahun 1990an arwah bapak saya telah ditertawakan org kampung kerana membenih anak gelugur sehingga 250 untuk di tanam dikebunnya seluas 9 ekar. Tapi arwah sedikit tak ambil peduli kerana memang dah mentaliti orang kampung yang tidak senang dengan apa saja yang arwah bapak buat... tapi dia pernah berkata SATU HARI ANAK CUCU DIA AKAN MENIKMATI HASILNYA DAN AMAT BERGUNA PADA SEMUA.

Masa tu dia berulang alik ke kebun bawak anak gelugur atas motor. Keliling rumah penuh anak gelugur yang kadang2 menyesakkan pemandangan.  Masa tu En cinta hati saya baru jadi ahli baru, maka arwah ayah mendera beliau menghantar anak benih gelugur ke dusun... masa tu emak selalu merungut sbb dera  menantu baru.. he he he

AKHIRnya kisah tu habis disitu lagi... pada 2008 apabila adik saya En Burn seorang chef yang membawa hati pulang ke kampung telah nekad untuk mengusahakan kebun peninggalan arwah.....

DENGAN IDEA DAN USAHANYA maka timbul lah idea PRODUK BERASASKAN GELUGUR ini dengan rintih kudrat yang kecil untuk merialisasikan impian beliau bagi membuktikan kepada semua orang bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Dengan bantuan pihak berwajib, kursus demi kursus yang dihadirinya maka dari rumah dengan modal yang kecil beliau mula merangkak menghasilkan produk gelugur dan menubuhkan syarikat ONE FOOD UMI satu nama kecil, dari industri kecil sederhana yang bakal menjana pendapatan negara.

SEMOGA EN BURN BERJAYA.....sama2 lah kita berdoa agar kejayaan menanti beliau dan bakal menjadi anak melayu kampung yang mengharumkan negara ke mata dunia.
amin......

Go G Go.........