Sunday 25 November 2012

GO G GO WOLD

PROMOSI DAN LAWATAN



Baru-baru ni pada tarikh 21hb Nov 2012 En BURN dan geng Pulau Tiga mengadakan promosi sempena  PESTA MAKAN DOYAN DI PULAU TIGA kat RTM1.  Sambil nyelam  minum ayo.... En Burn telah membawa produk hasil gelugurnya untuk diperkenalkan buat pertama kalinya.. kami adik beradik tunggu kat depan tv maklum la glamer nak tengok adik masuk tv....

Pada 24 hb dimana pesta berlansung, En Burn telah membuka gerai khas untuk PRODUK GELUGURnya dan mendapat liputan oleh RTM dan bakal ditayangkan nanti. Semoga iklan percuma ini akan membantu beliau memperkenal seterusnya mengembangkan hasil produk ini ke serata maya maklum saja insan kecil yang cuma ada satu kudrat dan modal yang agak terhad. Disamping itu pertandingan durian tersedap juga memihak kepada beliau kerana mendapat tempat ke3. Bermakna sekiranya ada nama ianya akan meningkatkan populariti jenama durian arwah PAK SALLEH.

Apa yang lebih menarik untuk dikongsi disinii ialah lawatan pelancung dari JEPUN dan Badan berkaitan dari SINGAPORE ke kebun durian merangkap kebun gelugur tersebut.

Kalau zaman penjajahan Jepun dulu, orang melayu kena pakat angguk kat orang Jepun tu, tapi la ni kat kebun tu, orang Jepun pulak kena angguk kat anak melayu mcm En Burn. Apa yang best, mereka amat suka dengan produk gelugur tu.  Habis semua Jus, Jem dan Halwa gelugur deme borong.. En Burn seronok tak terkata sebab duit masyuk berlipat ganda hari tu aje...


MAKNANYA ...... kalau orang Jepun ni suka produk gelugur ni, masa depan industri gelugur amat cerah.  MUngkin boleh dieksport ke Jepun hasil usaha anak kampung untuk seperti En Burn asalkan ada pihak berwajib yang sedia membantu.

SEMOGA MIMPI KEBULAN INI AKAN MENJADI KENYATAAN.........

No comments:

Post a Comment