Wednesday 21 November 2012

KISAH GELUGUR..!!

Saya nak cerita perihal gelugor ni dulu sebelum kita teruskan perkara yg lebih mustahak.  Masa saya kecik saya cuma tau asam keping je... besar sikit saya tak tau pun pokok gelugor yg saya lalu lalang masa kat kebun dulu tu apa kegunaannya... yang saya tahu buahnya tak boleh makan dan saya akan pijak dan buat baling siapa punya balingan yang paling jauh....

Bila besar lagi abang yang sulung kawin dapat kakak ipar cun pandai masak pulak tu, dia masak MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK GELUGOR... masa tu langsung tak tau pasal masakan... yang saya tau semua kata SEDAP GILEEERRR....

Kenangan tu habis kat situ sebab masa tu dah glamer, tak main la gelugur.... he he he ..
yang saya tahu nak membina masa depan....

Rupanya pada tahun 1990an arwah bapak saya telah ditertawakan org kampung kerana membenih anak gelugur sehingga 250 untuk di tanam dikebunnya seluas 9 ekar. Tapi arwah sedikit tak ambil peduli kerana memang dah mentaliti orang kampung yang tidak senang dengan apa saja yang arwah bapak buat... tapi dia pernah berkata SATU HARI ANAK CUCU DIA AKAN MENIKMATI HASILNYA DAN AMAT BERGUNA PADA SEMUA.

Masa tu dia berulang alik ke kebun bawak anak gelugur atas motor. Keliling rumah penuh anak gelugur yang kadang2 menyesakkan pemandangan.  Masa tu En cinta hati saya baru jadi ahli baru, maka arwah ayah mendera beliau menghantar anak benih gelugur ke dusun... masa tu emak selalu merungut sbb dera  menantu baru.. he he he

AKHIRnya kisah tu habis disitu lagi... pada 2008 apabila adik saya En Burn seorang chef yang membawa hati pulang ke kampung telah nekad untuk mengusahakan kebun peninggalan arwah.....

DENGAN IDEA DAN USAHANYA maka timbul lah idea PRODUK BERASASKAN GELUGUR ini dengan rintih kudrat yang kecil untuk merialisasikan impian beliau bagi membuktikan kepada semua orang bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Dengan bantuan pihak berwajib, kursus demi kursus yang dihadirinya maka dari rumah dengan modal yang kecil beliau mula merangkak menghasilkan produk gelugur dan menubuhkan syarikat ONE FOOD UMI satu nama kecil, dari industri kecil sederhana yang bakal menjana pendapatan negara.

SEMOGA EN BURN BERJAYA.....sama2 lah kita berdoa agar kejayaan menanti beliau dan bakal menjadi anak melayu kampung yang mengharumkan negara ke mata dunia.
amin......

Go G Go.........

No comments:

Post a Comment