Tuesday 11 December 2012

PERTANDINGAN PRODUK HASIL BUAH - Pej Pertanian Titi Gantung




Buat pertama kalinya pada tarikh 11hb Disember 2012 telah diadakan PERTANDINGAN PRODUK HASIL BUAH oleh pengusaha IKS disekitar negeri Perak dan dirasmikan oleh YAB MENTERI BESAR PERAK.

Encik Burn sebagai peserta mewakili hasil produk GELUGUR dengan kudrat dua keratnya bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk pertandingan yang pertama kalinya disertainya...


Dengan serba kekurangan beliau memproses semua produk keluarannya bersendirian. Saya dan suami serta anak membantu beliau memotong, menampal serta memasukkan semua produk ke dalam botol untuk dibawa ke pameran tersebut... kerja tersebut berakhir jam 2 pagi dengan wajah En Burn yang keletihan yang amat sangat.


Dibawah ini saya tunjukkan gambar proses menyusun, memasukkan produk ke dalam bekas serta menampal sticker produk, termasuklah menyusun atur pamplet/flyers untuk diedarkan kepada pengunjung.

Apa yang menarik disini yang boleh kita kongsi, bekas memasak beliau semakin besar, botol yang semakin cantik dan kuantiti yang banyak dan yang penting sticker yang diprint siap pelekat yang amat kretif oleh en burn.... emmm saya kagum kerana idea dia bijak rupanya.....










No comments:

Post a Comment