Thursday, 22 November 2012

PRODUK GELUGUR~ Kordial dan Jus Gelugur..^_^


Kordial Gelugur berwarna kuning adalah original dari buah yang masak.  Sekiranya ingin membancuh mengikut sukatan dengan menambah sedikit air dan sedia untuk dihidangkan.


Jus Gelugur didalam pek yang kecil pula sedia untuk terus diminum dan lebih sedap sekiranya diletakkan dalam peti sejuk dan mudah dibawa kemana saja....


Paste Gelugur pula satu produk yang sangat mufah menggantikan asam keping yang amat sukar didapati terutama dibandar besar.. paste ini mudah dengan hanya menceduk mengikut sukatan dan dimasukkan ke dalam masakan... mudahkan...



Ini Jus Gelugur.  Kalau nak buat bancuhan tambah sedikit air, tapi kalau cool drink yg kecil tu, buka penutup terus minum.... memang sedap....

GO G GO !!!

Tahun 2012 menyaksikan kerja gila adik saya en burn... nak buat produk berasaskan gelugur. Mulanya kami adik beradik, cuma angguk dan senyum.... Bagi semangat pun ala kadar maklum nak tolong kewangan, faham aje krisis kewangan sepanjang tahun, nak tolong tenaga kami masing2 jauh... yang boleh bantu abang saya yang sulung sbb dia tinggal di Ipoh.

Akhirnya, lawatan demi lawatan pegawai berkaitan pertanian ke kebun menjelaskan segalanya.  DIMANA ADA KESUNNGGUHAN DISITU ADA JALAN.

Akhirnya adik saya nekad untuk menghasilkan produk berasaskan Gelugur... sebagai bekas CHEF beliau sendiri mencipta, mengadun, memasak, merasa sendiri produk berasaskan gelugur antaranya:


1.   JUS GELUGUR DNG DUA WARNA HIJAU DAN KUNING
2.    HALWA GELUGUR [ juga akan dipek sebagai gift utk org kawin]
3.    JEM GELUGUR
4.    COOL DRINK GELUGUR(diminum terus dari botol)
5.    PASTE GELUGUR ( pengganti asam keping)
6.    CHOPPING GELUGUR


Antara khasiat gelugur akan saya nyatakan nanti.

Wednesday, 21 November 2012

GELUGUR??

MAAF sebab saya tak pasti ejaan pada mulanya... bila buka kamus Dewan bar pasti ejaan sebenar ialah GELUGUR atau GARCINIA ATROVIRIDIS GRIFF berasal dari Semenanjung Malaysia dah telah disebar je Manila, Filipina, India dan Indonesia.




POKOK GELUGUR??

                                          
Ini pokok gelugor induk yang dah berumur kira-kira 98 tahun masih berdiri megah dalam kebun seluas 9 ekar dan disekelilingnya terdapat lebih kurang 250 lg pokok gelugur yang telah membesar dan telah pun berbuah dengan lebatnya sepanjang tahun kerana gelugur berbuah tidak bermusim seperti durian.

KISAH GELUGUR..!!

Saya nak cerita perihal gelugor ni dulu sebelum kita teruskan perkara yg lebih mustahak.  Masa saya kecik saya cuma tau asam keping je... besar sikit saya tak tau pun pokok gelugor yg saya lalu lalang masa kat kebun dulu tu apa kegunaannya... yang saya tahu buahnya tak boleh makan dan saya akan pijak dan buat baling siapa punya balingan yang paling jauh....

Bila besar lagi abang yang sulung kawin dapat kakak ipar cun pandai masak pulak tu, dia masak MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK GELUGOR... masa tu langsung tak tau pasal masakan... yang saya tau semua kata SEDAP GILEEERRR....

Kenangan tu habis kat situ sebab masa tu dah glamer, tak main la gelugur.... he he he ..
yang saya tahu nak membina masa depan....

Rupanya pada tahun 1990an arwah bapak saya telah ditertawakan org kampung kerana membenih anak gelugur sehingga 250 untuk di tanam dikebunnya seluas 9 ekar. Tapi arwah sedikit tak ambil peduli kerana memang dah mentaliti orang kampung yang tidak senang dengan apa saja yang arwah bapak buat... tapi dia pernah berkata SATU HARI ANAK CUCU DIA AKAN MENIKMATI HASILNYA DAN AMAT BERGUNA PADA SEMUA.

Masa tu dia berulang alik ke kebun bawak anak gelugur atas motor. Keliling rumah penuh anak gelugur yang kadang2 menyesakkan pemandangan.  Masa tu En cinta hati saya baru jadi ahli baru, maka arwah ayah mendera beliau menghantar anak benih gelugur ke dusun... masa tu emak selalu merungut sbb dera  menantu baru.. he he he

AKHIRnya kisah tu habis disitu lagi... pada 2008 apabila adik saya En Burn seorang chef yang membawa hati pulang ke kampung telah nekad untuk mengusahakan kebun peninggalan arwah.....

DENGAN IDEA DAN USAHANYA maka timbul lah idea PRODUK BERASASKAN GELUGUR ini dengan rintih kudrat yang kecil untuk merialisasikan impian beliau bagi membuktikan kepada semua orang bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Dengan bantuan pihak berwajib, kursus demi kursus yang dihadirinya maka dari rumah dengan modal yang kecil beliau mula merangkak menghasilkan produk gelugur dan menubuhkan syarikat ONE FOOD UMI satu nama kecil, dari industri kecil sederhana yang bakal menjana pendapatan negara.

SEMOGA EN BURN BERJAYA.....sama2 lah kita berdoa agar kejayaan menanti beliau dan bakal menjadi anak melayu kampung yang mengharumkan negara ke mata dunia.
amin......

Go G Go.........