Sunday 29 September 2013

PRODUK GELUGUR TERSENARAI PRODUK PERAK BEST

Setelah beberapa siri lawatan, kawalan, pantauan, pertandingan serta bantuan yang mula diberikan oleh pihak FAMA maka produk berasaskan gelugur mula mendapat tempat yang amat membanggakan bagi anak jati Perak seperti En Burn dimana produk ini mula tersenarai sebagai produk keluaran PERAK BEST.

Bermula pertengahan tahun ini logo khas yang dikeluarkan oleh FAMA untuk keluaran PERAK BEST berlainan dengan yang dipasarkan sendiri oleh UMI FOOD IND.  Ini bermakna segala kualiti, kuantiti serta kawalan kebersihan akan sentiasa dipantau untuk memastikan produk ini sentiasa berada dipasaran da mampu bersaing dengan produk yang lain.





Bermula awal 2013 PRODUK GELUGUR telah pun memulakan operasi di RTC Ipoh Jalan Gopeng dengan sambutan yang amat menggalakkan.Apa yang menarik gerai yang disedaiakn khas untuk bumiputera yang menjalankan perniagaan kecil dan sederhana atau lebih dikenali sebagai Industri Kampung telah berjaya memberi ruang dan peluang pengusaha seperti ini bergerak lebih jauh kehadapan.

Pameran dan bantuan yang berterusan dari pihak FAMA serta Jabatan Pertanian telah juga mendorong Produk Gelugur menerima pelbagai bantuan yang amat tinggi nilainya dimana ini menambahkan lg semangat serta motivasi diri pengusaha kecil untuk lebih maju dan berdaya saing.

  

Kain rentang yang tersergam di Pajabat Pertanian Kg Gajah yang mula beroperasi sementara awal September 2013 bagi memberikan keselesaan dan kemudahan pembekal produk gelugur sementara menunggu bengkel disiapkan sepenuhnya



.



Lokasi terbaru bengkel Produk Gelugur dalam pembinaan hasil titik peluh En Burn serta bantuan yang berterusan dari pihak Pertanaian Dan Fama maka satu hari nanti sebuah bengkel akan terbina di lokasi Kg Telok Sareh disebelah kiri jika kita dari Kg Gajah.. Bengkel yang dijangka siap dan akan beroperasi sepenuhnya pada November ini akan menempatkan semua produk gelugur serta segala proses pembuatan, pameran serta penjualan dan lawatan akan dbuat sepenuhnya dilokasi baru ini.


MESIN JUS 







Mesin Pemprosesan Jus Gelugur sumbangan FAMA ini telah beroperasi September 2013.  Dengan kemudahan yang diberikan memudahkan penghasilan produk dengan pertambahan kuantiti dalam sehari sebanyak 200 botol mampu dikeluarkan.  Selain dari itu dengan bantuan mesin ini juga kualiti jus yang dihasilkan bertambah baik iaitu jus yang dihasilkan lebih pekat dan berbau harum selain lebih bermutu dan tahan lebih lama. 





MESIN PENGISAR (BLENDER) BUAH

 Alat ini digunakan untuk mengisar buah gelugur yang telah dimasak.  Setelah dikisar halus dimasukkan ke dalam mesin jus untuk menambahkan kepekatan jus teresbut.






KHASIAT DAN KELEBIHAN JUS GELUGUR



Testimoni daripada pengguna dan peminat tegar jus gelugur ini telah banyak memberikan kelebihan dan kekuatan penghasilan produk gelugur kerana beberapa bukti dan kesan kesihatan yang baik telah berjaya dibuktikan oleh mereka yang menjadikan jus ini sebagai rutin harian.  Disamping itu pihak FAMA telah berjaya membuktikan bahawa produk berasaskan gelugur ini mengandungi beberapa NUTRISI dan vitamin C yang amat baik untuk kesihatan.



PERTANDINGAN, PAMERAN DAN PENGANUGERAN



KARNIVAL USAHAWAN DESA


Pihak Kementerian Dan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memberi ruang dan peluang kepada usahawan desa untuk mempromosikan produk keluaran mereka ke persada yang lebih luas.  Bermula 25hb hingga 28hb September di Presint 2 Putrajay berlansungnya pameran, Produk Berasaskan Gelugur mengambil ruang pameran untuk mempromosikn produknya dengan sambutan yang amat menggalakkan.


SAMBUTAN AGROFEST SEMPENA HARI PELADANG DAN NELAYAN NEGERI PERAK

- TEMPAT  PERTAMA


Di Perak pula acara sambutan agrofest untuk pengusaha yang menghasilkan produk dari ladang berlangsung pada 25hb Sept hingga 1 Oktober 2013 di Ladang Infoternak Sungai Siput.  Produk berasaskan Gelugur telah berjaya merangkul tempat pertama sebagai PRODUK TERBAIK bagi kategori Peladang dan penghasilan porduk bermutu.

Sekalung Tahniah buat pengusaha dan produk gelugur kerana kejayaan yang mula menampakkan hasil dan mendapat tempat di hati semua.  Walau pun langkah ini baru bermula diharapkan sambutan akan berterusan dan kejayaan yang lebih besar menanti dihadapan.






No comments:

Post a Comment