Thursday 20 December 2012

UNTUK TEMPAHAN PRODUK BERASASKAN GELUGUR

Selepas beberapa siri pameran dan pertandingan yang diadakan, produk gelugur telah mula mendapat tempat disekitar kawasan Perak Tengah.  Jualan secara terus yang dibuat oleh En Burn mendapat sambutan dan kebiasaannya jualan di pasar malam, pekan sehari dan di tapak pameran dan kursus yang dijalankan selalunya habis dijual.

Semangat makin membara En Burn apabila ada beberapa pelanggan yang datang dari jauh mahu membeli jus gelugur kerana mereka telah merasai kesan dan keberkesanan produk tersebut.  Begitu juga permintaan dari kawasan setempat yang mengakui kelebihan khasiat jus gelugur seperti mudah lawas, menghilangkan panas badan dan sakit kepala dan merasa badan ringan selepas meminum jus tersebut.

Jika anda ingin memesan produk gelugur sila hubungi :



EN BURN SALLEH
KG TELUK SAREH MUKIM PULAU TIGA
36800 KG GAJAH,  PERAK

TEL :  012 3069123 /  05 6312389


atau hubungi En Termizi untuk maklumat lanjut
012 5152678

Wednesday 12 December 2012

PEMENANG TEMPAT PERTAMA DAN KETIGA

Pejabat Pertanian Titi Gantung
Tarikh - 11hb Disember 2012


APA YANG MENARIKNYA....
Usaha anak tani dihargai
Usaha anak muda dipuji
usaha golongan marhain diperakui

APA YANG DIBANGGAKAN....
PRODUK berasaskan gelugur diberi tempat instimewa... bersebelahan dewan besar. Produk lain yang terdiri lebih kurang 20 pengusaha seperti air jambu batu, jualan buah-buahan, anak pokok, makanan daan sebagainya diletakkan dipersisiran jalan masuk.

Semasa saya nak menurunkan barang pameran dan mencari tempat, saya cuma memberitahu produk gelugur.... kereta saya dibenar parking masuk ke dalam kawasan dewan mengalahkan vip... hanya gerai En Burn berada disitu untuk jualan sedangkan  lain hanya peserta pertandingan,pemeriksaan kesihatan dan organiser.

Pegawai Pertanian yang baik dan membantu, memudahkan En Burn berurusan walaupun saya hanya mewakili beliau selama setengah jam kerana beliau lewat sedikit, namun mereka memahami dan menunggu saya menukar kesemua produk  yang bersticker lama kepada yang baru untuk pameran.

YAB MENTERI BESAR dijadual melawat hasil produk gelugur terlebih dahulu.  En Burn tidak sabar untuk memberikan cenderahati  produk gelugur buat YAB.  Apa yang kelakar tiada bakul cantik, tiada reben labuci, hanya beg plastik saja yang En Burn ada.....

En Burn ni akal panjang tapi pemalu agaknya... saya mula memainkan peranan menghantar jus untuk pengunjung disekitar kawasan tersebut. Dan yang paling best bila saya hantar kepada DJ yang bertugas masa tu.. apa lagi dibacanya kesemua khasiat gelugur tu melalui pamplet yang saya berikan, maka bergema seantero ceruk pejabat pertanian tu dicorong pembesar suara Produk Gelugur dan kelebihannya... sengeh je En Burn.... bangga....


AKHIRNYA...... KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMIHAK KEPADA BELIAU APABILA DINOBATKAN PEMENANG TEMPAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI PRODUK JUS TERBAIK DAN ASAM KEPING....

TAHNIAH KEPADA PRODUK GELUGUR DAN EN BURN... semoga akan bertambah usaha dan semangat beliau untuk lebih maju dimasa depan.  TERIMA KASIH TAK TERHINGGA kepada PEJABAT PERTANIAN KG GAJAH, TITI GANTUNG,  FAMA dan KERAJAAN NEGERI PERAK kerana memberi ruang kepada pengusaha tempatan yang baru untuk melangkah lebih jauh....

Di bawah ni gambar-gambar sekitar Hari Pertandingan, tapi maaf sebab gambar ambil hadiah saya tak sempat ambil kerana pulang awal....










Tuesday 11 December 2012

PERTANDINGAN PRODUK HASIL BUAH - Pej Pertanian Titi Gantung




Buat pertama kalinya pada tarikh 11hb Disember 2012 telah diadakan PERTANDINGAN PRODUK HASIL BUAH oleh pengusaha IKS disekitar negeri Perak dan dirasmikan oleh YAB MENTERI BESAR PERAK.

Encik Burn sebagai peserta mewakili hasil produk GELUGUR dengan kudrat dua keratnya bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk pertandingan yang pertama kalinya disertainya...


Dengan serba kekurangan beliau memproses semua produk keluarannya bersendirian. Saya dan suami serta anak membantu beliau memotong, menampal serta memasukkan semua produk ke dalam botol untuk dibawa ke pameran tersebut... kerja tersebut berakhir jam 2 pagi dengan wajah En Burn yang keletihan yang amat sangat.


Dibawah ini saya tunjukkan gambar proses menyusun, memasukkan produk ke dalam bekas serta menampal sticker produk, termasuklah menyusun atur pamplet/flyers untuk diedarkan kepada pengunjung.

Apa yang menarik disini yang boleh kita kongsi, bekas memasak beliau semakin besar, botol yang semakin cantik dan kuantiti yang banyak dan yang penting sticker yang diprint siap pelekat yang amat kretif oleh en burn.... emmm saya kagum kerana idea dia bijak rupanya.....